Tuesday, September 13, 2011

LATIHAN 7 SEPT 11

1. STIMULUS BERAJAH
2. STIMULUS BERPETIKAN

3. STIMULUS BERSENARAI

4. STIMULUS BERGAMBAR
5. STIMULUS BERJADUAL

6. STIMULUS BERIMAGINASI/APLIKASI

Ketika anda sedang berjalan-jalan di Pelabuhan Tok Manuk, anda terlihat sekumpulan pendatang tanpa izin telah ditahan oleh Maritim.

Apakah faktor-faktor kedatangan pendatang tanpa izin makin bertambah di Malaysia?


7. STIMULUS BENTUK DIALOG



Monday, September 5, 2011

SOALAN PERBINCANGAN/ ULANG KAJI BMM 3103


1. Lengkapkan jadual di bawah:

PERKARA

PENGUJIAN

PENGUKURAN

PENTAKSIRAN

PENILAIAN

Takrif

Prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku @ perubahan seseorang pelajar dengan menggunakan satu set instrument.

Proses pengumpulan maklumat & merumuskannya mengikut satu sistem skor untuk menunjukkan terletaknya perkara yang diukur dalam satu skala tertentu.

Proses mendapatkan maklumat & seterusnya membuat penghakiman & pertimbangan tentang pencapaian/ prestasi bagi sesuatu ujian.

Menunjukkan proses mentafsir @ memberi nilai yang bercorak kualitatif tentang sesuatu kemahiran bahasa berdasarkan jumlah markat pencapaian hasil daripada pengukuran yang telah dilakukan secara kuantitatif.

Tujuan

Mengetahui sama ada pelajar telah menguasai pengetahuan, kemahiran @ sikap yang disampaikan guru.

Menentukan sejauh mana seseorang individu memiliki ciri-ciri tertentu.

Mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang.

Mengesan hasil pembelajaran yang patut dikuasai

Mengesan kemajuan yang telah diperolehi

Menentukan penempatan murid ikut kebolehan

Alatan

Ujian

Ujian, pemerhatian, temu bual

Ujian

Ujian, projek, tugasan

2. Nyatakan 4 tujuan atau kepentingan penilaian/pentaksiran.

i. Diagnosis – mengenalpasti tahap penguasaan murid terhadap p&p.

ii. Pengredan – menentukan gred mengikut pencapaian murid.

iii. Pemilihan & penempatan – menentukan/mengelompokkan murid mengikut tahap penguasaan dalam aliran/kelas tertentu.

iv. Bimbingan – membolehkan murid/guru melihat kembali & penambahbaikkan yang boleh dijalankan.

3. a) Berikan 1 takrif kesahan

kebolehan ujian mengukur apa yang sepatutnya diukur.

b) Nyatakan jenis-jenis kesahan

i. kesahan isi/kandungan

ii. kesahan telahan/ramalan

iii. kesahan serentak/semasa

iv. kesahan gagasan/konstruk

v. kesahan muka

vi. kesahan kriteria

4. Kebolehpercayaan ialah tahap ketekalan antara skor ujian yang sentiasa tetap dengan tiadanya ralat pengukuran.

5. Bagaimana cara mengelakkan ralat dalam pengukuran kebolehpercayaan sesuatu ujian?

i. Ditadbir dengan suasana @ masa yang ditetapkan

ii. Bebas daripada gangguan

iii. Tidak berlaku penipuan @ kecurangan terhadap ujian

iv. Masa mencukupi

v. Jawapan yang betul

vi. Memerlukan lebih daripada seorang pemeriksa.

6. Berikan takrif kepada domain kognitif berikut:

TAHAP

ISTILAH

Pengetahuan

Ingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi teori, hukum, tarikh, peristiwa dll daripada pembelajaran yang lepas.

Nyatakan, terangkan,

namakan, labelkan.

Kefahaman

Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep, menterjemah draf.

Pilih, terangkan,

tulis semula.

Penggunaan

Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori, formula. Bina graf daripada data, dll.

selesaikan, ramalkan, cari, kesilapan, bina alat.

Analisis

Sesuatu yang kompleks dipecahkan kepada yang kecil, bezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal di antara bahagian, kenali struktur organisasi.

Bezakan, pasti, pilih.

Sintesis

Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha tersendiri, menyelesaikan masalah, membuat ramalan, membuat klasifikasi.

Bina, hasilkan, susun, kembangkan.

Penilaian

Membuat pertimbangan termasuk memberi rasional atas alasan dalaman atau luaran, menafsir dan mengkritik

Pilih, berikan alasan, kritikan, buktikan.

7. Buat banding beza antara Bloom & Krathwohl.

BENJAMIN BLOOM

ITEM

KRATHWOHL

Kognitif

Domain

Afektif

Enam

Bilangan Aras

Lima

Pengetahuan

Kefahaman

Aplikasi

Analisis

Sintesis

Penilaian

Jenis Aras

Penerimaan

Gerak balas

Menilai

Organisasi

Perwatakan

UJIAN FORMATIF & SUMATIF

assalamualaikum...


Perbezaan Penilaian Formatif Dan Penilaian Sumatif

Aspek

Penilaian Formatif

Penilaian Sumatif

Konsep


Ujian yang boleh dibentuk dan ditadbir secara formal atau tidak formal bagi mengesan kemajuan atau penguasaan murid terhadap sesuatu pembelajaran

Ujian yang dijalankan secara formal bagi mengesan pencapaian murid dalam tempoh tertentu persekolahan.

Tujuan

Mengenal pasti tahap penguasaan dan kemajuan murid dan seterusnya mengambil langkah susulan bagi membaiki kelemahan yang wujud.

Mengenal pasti pencapaian pelajar untuk beberapa topik pembelajaran dan seterusnya memberikan skor dan gred pencapaian pelajar.

Waktu penilaian

Sepanjang pengajaran dan pembelajaran berlangsung

Selepas beberapa topik pembelajaran atau pada pertengahan atau akhir penggal persekolahan.

Kaedah

Formal : pensel-kertas

Tidak formal : pemerhatian, soal jawab, tugasan, latihan

Dibuat secara individu atau dalam kumpulan

Dibuat secara formal – ujian pensel-kertas, lisan.

Dijalankan secara berkumpulan

Selepas penilaian dijalankan


Membaiki kelemahan murid serta merta dengan mengulang semula topik pembelajaran – pemulihan

Menjalankan aktiviti pengukuhan – pengayaan

Menempatkan murid mengikut kumpulan pencapaian yang sesuai.

Memberikan pengiktirafan – sijil, hadiah dsb.

Membaiki kurikulum / mata pelajaran


SUMBER : http://aacaanjip.bravehost.com/14minggu/03a_Ujian_Formatif_Sumatif.htm

Elemen Mempengaruhi Kebolehpercayaan Ujian

assalamualaikum.....

FAKTOR
  • panjang ujian
  • kehomogenan kumpulan (indeks kebolehpercayaan kurang jika kumpulan homogenous mengambilnya)
  • kesukaran item
  • objektif jawapan
ELEMEN
  • dorongan pelajar untuk meneka
  • jawapan meneka menghasilkan skor tidak tekal.
  • konsep kebolehpercayaan tidak terhad kepada skor ujian, malah lain-lain jenis maklumat terhadap pelajar.
PENGARUH
  • prosedur pengujian yang baik dijangka akan menghasilkan keputusan yang baik.
  • tidak semata-mata bergantung kapada satu set soalan tertentu yang digunakan.
  • masa ujian dilaksanakan.
  • pemeriksa ujian tersebut.
  • pengaruh faktor luaran.
  • bergantung kepada ketekalan keputusan yang dihasilkan.
  • format ujian mempengaruhi kesukaran sesuatu item.
  • jawapan dua pilihan pada item adalah paling kurang kebolehpercayaan.
  • item terlalu sukar membawa kepada kebolehan yang sedikit.

markah vs markat

assalamualaikum dan selamat malam....salam 1 Malaysia..

Markah

Markah yang diperolehi bagi sesuatu ujian yang diduduki.

Markat

Markah maksimum/markah keseluruhan bagi sesuatu ujian.

CONTOH:

markah maksimum item = 3 markah
markah maksimum ujian = 150 markah

Jika markah keseluruhan yang diperolehi ialah 120 markah daripada 150 markah, maka markatnya ialah 120/150

Tuesday, June 28, 2011

Ciri @ Prinsip Utama Ujian

assalamualaikum & salam 1 malaysia

Kesahan
  • Kesahan Isi
  • Kesahan Telahan/Ramalan
  • Kesahan Serentak
  • Kesahan Gagasan
  • Kesahan Muka
Kebolehpercayaan
  • Ukuran Kestabilan
  • Ujian Keseteraan
  • Ukuran Keseteraan & Kestabilan
  • Ukuran Ketekalan Dalaman
  • Kebolehpercayaana Pemeriksa
Keobjektifan

Kebolehtadbiran

Kebolehtafsiran

Kesahan

· Sejauh mana ujian mengukur apa yang hendak diukur.

· Contoh:

Jika guru memberi satu ujian kepada pelajar bagi menentukan tahap kefahaman membaca berasaskan petikan rencana, ujian tersebut mestilah dengan sebenarnya mengukur kefahaman membaca.

Kebolehpercayaan

· Ketekalan ujian dalam mengukur apa yang hendak diukur.

· Ujian yang mengukur sesuatu gagasan dengan skor yang tekal dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi.

· Ujian yang menghasilkan skor yang berubah-ubah mempunyai kebolehpercayaan yang rendah.

· Ujian yang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi tidak semestinya sah.

· Kebolehpercayaan ujian dipengaruhi oleh faktor yang tidak sistematik.

- variasi individu

- variasi perubahan tugasan

- variasi persampelan gagasan yang terhad

Keobjektifan

· Berkait dengan sejauh mana perskoran sesuatu jawapan ujian bebas daripada pertimbangan pemeriksa.

· Jawapan yang sama mestilah mendapat skor yang sama walaupun diperiksa oleh dua orang pemeriksa.

· Sekiranya dua atau lebih pemeriksa memberi skor yang sama kepada jawapan yang sama, maka ujian mempunyai keobjektifan yang tinggi.


Kebolehtadbiran

· Pentadbiran ujian yang sempurna sangat penting supaya semua pelajar mempunyai suasana yang sesuai untuk memberi jawapan yang terbaik.

· Panduan memastikan pentadbiran ujian dijalankan dengan sempurna.

- Arahan diberi dengan tepat, jelas dan ringkas.

- Soalan disusun dari mudah kepada sukar.

- Guru memadankan bilangan dan kesukaran soalan dengan masa yang diperuntukan untuk menjawab.

- Soalan jawapan dipilih yang mengandungi 5 pilihan diperuntukan 45 saat untuk pelajar menjawab.

- Suasana ujian yang dijalankan haruslah selamat, ceria dan sempurna dengan kerusi meja yang berkeadaan baik dan sesuai, jarak yang sesuai, pencahayaan yang terang, suhu yang sederhana, sistem siar raya yang sempurna dan tidak berdekatan dengan punca kebisingan seperti dekat jalan raya atau alat pendingin udara.

- Ujian boleh ditadbirkan oleh sesiapa sahaja.

- Masa perlu ditambah bagi mengganti masa ganguan yang berlaku.

Kebolehtafsiran

· Penilaian p&p skor ujian sebagai asas untuk membuat keputusan.

· Skor yang diperoleh hendaklah mudah ditafsir.