- Kesahan Isi
- Kesahan Telahan/Ramalan
- Kesahan Serentak
- Kesahan Gagasan
- Kesahan Muka
- Ukuran Kestabilan
- Ujian Keseteraan
- Ukuran Keseteraan & Kestabilan
- Ukuran Ketekalan Dalaman
- Kebolehpercayaana Pemeriksa
Kebolehtadbiran
Kebolehtafsiran
Kesahan
· Sejauh mana ujian mengukur apa yang hendak diukur.
· Contoh:
Jika guru memberi satu ujian kepada pelajar bagi menentukan tahap kefahaman membaca berasaskan petikan rencana, ujian tersebut mestilah dengan sebenarnya mengukur kefahaman membaca.
Kebolehpercayaan
· Ketekalan ujian dalam mengukur apa yang hendak diukur.
· Ujian yang mengukur sesuatu gagasan dengan skor yang tekal dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi.
· Ujian yang menghasilkan skor yang berubah-ubah mempunyai kebolehpercayaan yang rendah.
· Ujian yang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi tidak semestinya sah.
· Kebolehpercayaan ujian dipengaruhi oleh faktor yang tidak sistematik.
- variasi individu
- variasi perubahan tugasan
- variasi persampelan gagasan yang terhad
Keobjektifan
· Berkait dengan sejauh mana perskoran sesuatu jawapan ujian bebas daripada pertimbangan pemeriksa.
· Jawapan yang sama mestilah mendapat skor yang sama walaupun diperiksa oleh dua orang pemeriksa.
· Sekiranya dua atau lebih pemeriksa memberi skor yang sama kepada jawapan yang sama, maka ujian mempunyai keobjektifan yang tinggi.
Kebolehtadbiran
· Pentadbiran ujian yang sempurna sangat penting supaya semua pelajar mempunyai suasana yang sesuai untuk memberi jawapan yang terbaik.
· Panduan memastikan pentadbiran ujian dijalankan dengan sempurna.
- Arahan diberi dengan tepat, jelas dan ringkas.
- Soalan disusun dari mudah kepada sukar.
- Guru memadankan bilangan dan kesukaran soalan dengan masa yang diperuntukan untuk menjawab.
- Soalan jawapan dipilih yang mengandungi 5 pilihan diperuntukan 45 saat untuk pelajar menjawab.
- Suasana ujian yang dijalankan haruslah selamat, ceria dan sempurna dengan kerusi meja yang berkeadaan baik dan sesuai, jarak yang sesuai, pencahayaan yang terang, suhu yang sederhana, sistem siar raya yang sempurna dan tidak berdekatan dengan punca kebisingan seperti dekat jalan raya atau alat pendingin udara.
- Ujian boleh ditadbirkan oleh sesiapa sahaja.
- Masa perlu ditambah bagi mengganti masa ganguan yang berlaku.
Kebolehtafsiran
· Penilaian p&p skor ujian sebagai asas untuk membuat keputusan.
· Skor yang diperoleh hendaklah mudah ditafsir.
No comments:
Post a Comment