1. Lengkapkan jadual di bawah:
| PERKARA | PENGUJIAN | PENGUKURAN | PENTAKSIRAN | PENILAIAN |
| Takrif | Prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku @ perubahan seseorang pelajar dengan menggunakan satu set instrument. | Proses pengumpulan maklumat & merumuskannya mengikut satu sistem skor untuk menunjukkan terletaknya perkara yang diukur dalam satu skala tertentu. | Proses mendapatkan maklumat & seterusnya membuat penghakiman & pertimbangan tentang pencapaian/ prestasi bagi sesuatu ujian. | Menunjukkan proses mentafsir @ memberi nilai yang bercorak kualitatif tentang sesuatu kemahiran bahasa berdasarkan jumlah markat pencapaian hasil daripada pengukuran yang telah dilakukan secara kuantitatif. |
| Tujuan | Mengetahui sama ada pelajar telah menguasai pengetahuan, kemahiran @ sikap yang disampaikan guru. | Menentukan sejauh mana seseorang individu memiliki ciri-ciri tertentu. | Mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang. | Mengesan hasil pembelajaran yang patut dikuasai
Mengesan kemajuan yang telah diperolehi
Menentukan penempatan murid ikut kebolehan
|
| Alatan | Ujian | Ujian, pemerhatian, temu bual | Ujian | Ujian, projek, tugasan |
2. Nyatakan 4 tujuan atau kepentingan penilaian/pentaksiran.
i. Diagnosis – mengenalpasti tahap penguasaan murid terhadap p&p.
ii. Pengredan – menentukan gred mengikut pencapaian murid.
iii. Pemilihan & penempatan – menentukan/mengelompokkan murid mengikut tahap penguasaan dalam aliran/kelas tertentu.
iv. Bimbingan – membolehkan murid/guru melihat kembali & penambahbaikkan yang boleh dijalankan.
3. a) Berikan 1 takrif kesahan
kebolehan ujian mengukur apa yang sepatutnya diukur.
b) Nyatakan jenis-jenis kesahan
i. kesahan isi/kandungan
ii. kesahan telahan/ramalan
iii. kesahan serentak/semasa
iv. kesahan gagasan/konstruk
v. kesahan muka
vi. kesahan kriteria
4. Kebolehpercayaan ialah tahap ketekalan antara skor ujian yang sentiasa tetap dengan tiadanya ralat pengukuran.
5. Bagaimana cara mengelakkan ralat dalam pengukuran kebolehpercayaan sesuatu ujian?
i. Ditadbir dengan suasana @ masa yang ditetapkan
ii. Bebas daripada gangguan
iii. Tidak berlaku penipuan @ kecurangan terhadap ujian
iv. Masa mencukupi
v. Jawapan yang betul
vi. Memerlukan lebih daripada seorang pemeriksa.
6. Berikan takrif kepada domain kognitif berikut:
| TAHAP | ISTILAH |
| Pengetahuan Ingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi teori, hukum, tarikh, peristiwa dll daripada pembelajaran yang lepas. | Nyatakan, terangkan, namakan, labelkan. |
| Kefahaman Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep, menterjemah draf. | Pilih, terangkan, tulis semula. |
| Penggunaan Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori, formula. Bina graf daripada data, dll. | selesaikan, ramalkan, cari, kesilapan, bina alat. |
| Analisis Sesuatu yang kompleks dipecahkan kepada yang kecil, bezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal di antara bahagian, kenali struktur organisasi. | Bezakan, pasti, pilih. |
| Sintesis Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha tersendiri, menyelesaikan masalah, membuat ramalan, membuat klasifikasi. | Bina, hasilkan, susun, kembangkan. |
| Penilaian Membuat pertimbangan termasuk memberi rasional atas alasan dalaman atau luaran, menafsir dan mengkritik | Pilih, berikan alasan, kritikan, buktikan. |
7. Buat banding beza antara Bloom & Krathwohl.
| BENJAMIN BLOOM | ITEM | KRATHWOHL |
| Kognitif | Domain | Afektif |
| Enam | Bilangan Aras | Lima |
| Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian | Jenis Aras | Penerimaan Gerak balas Menilai Organisasi Perwatakan |
No comments:
Post a Comment